Kat Thai ada bendang nih...kt Malaysia x de ke?

on Monday, July 12, 2010

Pengusaha tradisi bendang garam


DI KAWASAN selatan Thailand khususnya di Pattani, para pengusaha garam bendang masih meneruskan aktiviti tradisional mereka.


SEBAGAI antara negara pengeluar padi utama di dunia, bendang sawah sudah tentu menjadi pemandangan biasa di Thailand. Bagaimanapun di Pattani, yang terletak di wilayah selatan negara itu, penduduknya turun ke bendang untuk mengusahakan garam.

Di Pattani, proses menghasilkan garam masih dilakukan secara tradisional dengan menggunakan air laut sebagai bahan utama. Proses seterusnya adalah penghasilan garam berbuku atau garam jantan yang diletakkan dalam petak sawah.

Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di wilayah tersebut mengusahakan bendang garam dengan keluasan tanah lebih 2,000 rai (satu rai bersamaan 0.2 hektar).

Kampung-kampung yang berdekatan dengan laut itu menjadikan perusahaan membuat garam sebagai punca pendapatan mereka.

Secara tidak langsung, produk yang telah diusahakan secara tradisi sejak hampir 100 tahun lalu itu kini menjadi daya tarikan pelancong ke wilayah tersebut.

Garam yang dihasilkan di Pattani mendapat sambutan baik sejak wujudnya perusahaan garam ini kerana ia dipercayai mempunyai khasiat tertentu untuk kecantikan kulit dan kesihatan keseluruhannya.

Menurut pengusaha bendang garam di Kampung Lamdok, Bisim Mamat, 45, proses menghasilkan garam perlu dilakukan ketika musim kemarau.

Sebelum air laut dimasukkan ke kawasan petak yang dikhaskan untuk menghasilkan garam, air berkenaan perlu dijernihkan terlebih dahulu hampir sebulan di dalam satu petak sawah yang lain namun berdekatan dengan petak yang bakal menghasilkan garam.

"Setelah sebulan air laut dijernihkan, barulah ia dilepaskan ke petak bendang yang bakal membentuk garam dan dibiarkan selama seminggu sekurang-kurangnya," katanya.

Pengusaha garam di wilayah ini hanya menggunakan alat penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan untuk mengumpulkan garam yang masih terendam air di dalam kawasan petak sawah.

Menurut seorang pengusaha di Kampung Kuing, Ismail Ahmad, 50, penghasilan garam akan terbantut dan berkurangan jika hujan lebat kerana kepingan garam di permukaan air dan di dasar bendang akan hancur. Namun, jika cuaca panas, garam terhasil dengan banyak.

Bagi setiap petak dengan keluasan 10 x 20 meter itu, pengusaha garam mampu menghasilkan hampir 50 kilogram (kg) garam buku yang bersih, dan dijual pada harga RM1 segantang.

Tanah sewa

Ismail, yang menjadi pengusaha garam sejak lebih tiga dekad lalu berkata, dia menyewa tanah kerajaan di kawasan perusahaan garam di kampung itu dengan kadar RM100 setahun. Bagaimanapun akibat tawaran harga yang terlalu tinggi, ramai pemilik tanah di kawasan perusahaan garam di sini menjualnya kepada pengusaha garam yang mempunyai modal yang lebih besar, katanya.

Menurut Ismail, bukan semua kawasan bendang di Pattani boleh dijadikan kawasan perusahaan garam kerana tanahnya tidak sesuai. Ada pihak yang mencubanya di beberapa kawasan lain, tetapi ia tidak berhasil.

Beliau berkata, hanya di kampung berdekatan dan sekitar Krue Se (Keresik) yang sesuai dijadikan bendang penghasilan garam. Dipercayai, tanah bendang di sekitar kawasan itu terlalu masin dan mengandungi bahan yang boleh 'membekukan' air laut hingga menghasilkan garam.


LONGGOKAN garam yang siap untuk proses pembungkusan.


Ubat kesihatan

Seorang lagi pengusaha bendang garam Abdul Kadir Nik, 60, berkata, garam dari air laut dipercayai boleh menjadi penawar terutama untuk penyakit kulit. Beliau yang merupakan generasi kedua pengusaha bendang garam itu juga yakin perusahaan itu mampu bertahan.

Menurut Abdul Kadir, ramai pelawat dan pelancong yang datang ke kawasan bendang garam di situ dan membelinya untuk dibawa pulang pada kadar yang banyak kerana mahu dicampur menjadi ramuan ubat pada sabun mandi bagi tujuan melicinkan kulit serta menghindarkan penyakit kulit.

"Ada pengusaha alat kecantikan dari Malaysia yang menghasilkan bahan mencuci badan untuk kaum wanita menggunakan garam yang dihasilkan di sini sebagai bahan campuran di dalam produk keluaran mereka," ujarnya.

Abdul Kadir berkata, kebanyakan bendang yang dijadikan kawasan pengeluaran garam sudah banyak yang bertukar tangan kerana tawaran harga yang tinggi.

Ada pemilik tanah yang tidak sanggup menolak tawaran harga yang begitu tinggi dan bertindak menjualnya kepada pihak lain. Tidak hairanlah sekiranya banyak kawasan pengeluaran garam di situ dimiliki orang luar.

"Ada di kalangan petani di sini menjualnya kepada pengusaha yang lebih banyak wang, tetapi saya tetap mengusahakan perusahaan membuat garam ini walaupun di atas tanah kurang 0.6 hektar. Ia mampu menyara hidup keluarga," katanya.

Bagi Abdul Kadir, perusahaan garam di Pattani ini kurang diminati generasi muda kerana kebanyakan daripada mereka lebih gemar menceburi perniagaan lain selain berhijrah ke Malaysia mencari pekerjaan.

Di pasar besar Pattani, garam yang dihasilkan di kawasan bendang garam di bandar itu dijual pada harga 150 bhat (RM1.50) bagi setengah kilogram. - Bernama


#Wowwwww.....x sangka aku kat sana ada ladang garam...kat tmpt kita ade ke x aaa??
Ada yg boleh bgtau x?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO