GAMBAR MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

on Friday, April 19, 2013



MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US | Sekali imbas, ia kelihatan tidak ubah seperti sebuah helikopter biasa walaupun terdapat sedikit perbezaan, tetapi pesawat baru buatan Northrop Grumman itu kekurangan sesuatu yang amat penting, iaitu juruterbang.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

Pesawat MQ-8C Fire Scout itu dipamerkan kepada umum kali pertama beberapa hari lalu.

Ia dilengkapi peralatan elektronik tercanggih sehingga membolehkan ia dikendalikan tanpa juruterbang.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

Pada masa sama, ia tetap mempunyai kemampuan sama seperti helikopter normal. Kenyataan firma Northrop Grumman menyebut, pesawat canggih itu dilengkapi pengesan untuk bertugas sebagai peninjau, pemantau dan pencari sasaran.

“Ia memberi sokongan kepada tuntutan perang bagi meningkatkan kesedaran terhadap situasi semasa,” katanya.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

MQ-8C Fire Scout itu menggabungkan dua sistem udara terbaik dalam pakej kos rendah serta pantas.

Awal tahun ini, Tentera Laut Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak bernilai AS$71 juta (RM215.6 juta) kepada Northrop Grumman untuk menghasilkan enam pesawat tambahan MQ-8C bagi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 unit.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

Naib Presiden Northrop Grumman, George Vardoulakis berkata, kontrak itu memberikan momentum penting kepada syarikat berkenaan bagi memenuhi keperluan Tentera Laut AS. Helikopter tanpa juruterbang itu dibina berdasarkan helikopter Bell 407 yang sering digunakan hospital, agensi berita, pengeluar filem dan penguat kuasa di seluruh dunia. Lebih 1,000 unit telah dijual dengan mencatatkan jumlah penerbangan terkumpul selama lebih tiga juta jam.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

Namun, kini model itu mengalami pengubahsuaian radikal. Kata Northrop Grumman, pesawat MQ-8C itu boleh melaksanakan misi di darat atau laut, selain mampu berlepas atau mendarat di atas kapal perang.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

“Ia juga boleh menjayakan pendaratan berjadual atau tidak bagi menurunkan tentera,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US


Sedikit spesifikasi MQ-8C Fire Scout


General characteristics
Crew: 0
Payload: 600 lb (272 kg)
Length: 23.95 ft (7.3 m)
Rotor diameter: 27.5 ft (8.4 m)
Height: 9.71 ft (2.9 m)
Empty weight: 2,073 lb (940.3 kg)
Max. takeoff weight: 3,150 lb (1,430 kg)
Powerplant: 1 × Rolls-Royce 250, 313 kW (420 hp)

Performance
Maximum speed: 115 knots (213 km/h)+
Cruise speed: 110 knots (200 km/h)
Combat radius: 110 nmi (203.7 km) plus 5+ hours on station
Endurance: 8 hours
Service ceiling: 20,000 ft (6,100 m)


MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

sumber
mymetro
wikipedia
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO