Showing posts with label APMM. Show all posts
Showing posts with label APMM. Show all posts

KM Pemanggil Jadi TUKUN Akhirnya

on Monday, December 1, 2014

KM Pemanggil Jadi TUKUN Akhirnya | Sedih..tapi nak buat camne...kini berakhirlah sebuah lagi kapal peronda milik APMM iaitu KM Pemanggil apabila kapal tersebut akhirnya ditenggelamkan untuk dijadikan tukun di Labuan.

KM Pemanggil Jadi TUKUN Akhirnya


KOTA KINABALU - Penenggelaman kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), KM Pemanggil, yang dijadikan tukun tiruan, memberi banyak manfaat kepada masyarakat nelayan khususnya di Labuan.

KM Pemanggil Jadi TUKUN Akhirnya

Kapal itu yang diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Labuan dalam satu majlis oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar pada 22 Julai lepas, telah ditenggelamkan di perairan Pulau Kuraman.

KM Pemanggil Jadi TUKUN Akhirnya

Menurut kenyataan Maritim hari ini, penyerahan KM Pemanggil kepada Jabatan Taman Laut itu bertujuan membantu meningkatkan pendapatan nelayan, selain menjadi pusat pertumbuhan, pembiakan flora dan fauna marin serta tempat perlindungan ikan.


KM Pemanggil merupakan kapal peronda yang dibina dengan ukuran panjang 31.4 meter dan lebar enam meter serta ketinggian 1.7 meter oleh Vosper Ltd di Portsmouth, England pada 28 Julai 1967.

Pada asalnya, kapal itu dikenali sebagai KD Kerambit yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum diserahkan kepada Maritim pada 27 Jun 2006.

Pelayaran terakhir kapal tersebut ialah pada 4 Julai tahun lepas. - Bernama

Beberapa gambar KD Kerambit dibawah....

KD Kerambit

KD Kerambit

KD Kerambit

KD Kerambit

Tag :

APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta

on Tuesday, October 9, 2012


APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta

APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta ! PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima enam buah bot laju bernilai hampir RM3 juta, semalam dalam usaha membanteras kejadian pencerobohan sekali gus meningkatkan keselamatan di perairan negara.

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shahlan berkata, kehadiran empat bot laju yang dinamakan Pengawal dan dua yang dinamakan Penggalang itu dapat diguna sepenuhnya sewaktu menjalankan operasi serta rondaan di perairan negara khususnya di Selangor.

Kata beliau, semua bot berkenaan akan digunakan secara optimum dan ia juga bagi menggantikan bot APMM sedia ada yang kini dalam proses dibaik pulih,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bot berkenaan di Pelabuhan Barat, di sini, semalam. 


Tambahnya, sebelum ini APMM Pelabuhan Klang mempunyai 11 bot yang digunakan bagi tujuan rondaan selain melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan berkenaan.


“Dengan penambahan ini, kita dapat menggerakkan lebih banyak bot bagi melaksanakan tugas seliaan di laut, berbanding tujuh bot dan tiga kapal sedia ada yang digunakan sebelum ini.

“Dengan adanya bot laju ini, kita dapat bergerak pantas sekiranya mendapat aduan atau maklumat berhubung kegiatan jenayah yang berlaku di laut,” katanya. Beliau berkata, penambahan bot itu dapat membantu mengurangkan masalah pencerobohan penguatkuasaan asing di perairan negara.


“Sejak kebelakangan ini, kami selalu mendapat aduan daripada nelayan di negeri ini berkaitan pencerobohan agensi penguatkuasa negara jiran ke perairan negara dan bertindak menarik bot mereka keluar dari perairan negara,” katanya.



APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta


ONUK MRTP16

Tag :

Malaysian APMM

on Tuesday, May 31, 2011

















Tag :
 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO