Showing posts with label Malaysian ArMY. Show all posts
Showing posts with label Malaysian ArMY. Show all posts

3 Anggota Komando Cedera Terkena Letupan Bahan Kimia

on Thursday, November 3, 2016

3 Anggota Komando Cedera Terkena Letupan Bahan Kimia,ok? | Tiga anggota tentera melecur dipercayai terkena letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus bahan letupan itu di Kem Syed Sirajuddin Gemas, semalam.

3 Anggota Komando Cedera Terkena Letupan Bahan Kimia


Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari, anggota dari 22 Komando (22KDO) dikenali Lans Koperal Mohd Adha Hadli, Lans Koperal Mohd Helmi Mat Desa dan Lans Koperal Anuar Abdullah melecur selepas terkena letupan itu.

Sumber berkata, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tentera Darat di kem berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, Johor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Mohd Adha dilaporkan melecur kira-kira 32 peratus dan menerima bantuan pernafasan manakala Mohd Helmi dan Anuar melecur 27 dan 10 peratus.

Katanya, semua mangsa masih menerima rawatan di hospital itu dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku.~Kezoom
Tag : ,

Kisah Kanang Anak Langkau

on Sunday, January 6, 2013


Kisah Kanang Anak Langkau | Pada tanggal 3 Januari lalu, satu negara telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang pahlawan yang terkenal dengan sifat keberaniannya mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada pukul 1.45 pagi, dua jam selepas beliau dilaporkan rebah di rumahnya di Sungai Apong, Kuching, Sarawak.
Anak jati Sarawak yang dilahirkan di Julau pada 2 Mac 1945 itu meninggalkan seorang isteri, Datin Brawang Chunggot, 55, dan enam orang anak serta lapan cucu hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang meninggal dunia akibat kanser pada Januari 2011.
Mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk Kanang Anak Langkau belum sempat disiapkan semasa hayatnya.
Ditembak
Mendiang sebelum ini pernah disangka meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena tembakan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980.
Dalam kejadian itu, Kanang ditembak tiga kali dan hampir menemui ajal selepas peluru mengenai jantung, merosakkan satu buah pinggang, selain usus perut terburai.
Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sebagai renjer yang terkenal dengan moto 'Agi idup agi ngelaban' (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British.
KANANG menyertai bidang ketenteraan secara kebetulan ketika dipelawa oleh seorang tentera British.



Mengimbas sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang yang berasal daripada komuniti Dayak (Iban) itu bersekolah hingga darjah tiga di Sekolah Local Authority sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin.
Beliau menjadi tentera secara kebetulan setelah dipelawa seorang anggota tentera British ketika menghantar 20 orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya.
Kanang kemudian diserap ke dalam Renjer Malaysia setahun selepas itu apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor.
Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapten Johnson Anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan, ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) beberapa hari sebelumnya.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh.
Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981 manakala pingat PGB pada 7 Jun 1987.


GAMBAR kenangan Kanang (depan, duduk kiri) semasa bertugas di Jambatan Nyulong Sarikei, Sarawak.



Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda dan pada 1 Mei 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan.
Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 selepas berkhidmat selama 21 tahun.
Bagi mengisi masa terluang, beliau aktif memberikan ceramah kenegaraan di seluruh negara selain dilantik sebagai Temenggong Bahagian Sri Aman pada 2009.
Antara sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa Balik).
Melalui operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuching pada 27 Julai 2011.
Wirawan contoh
Pencetus idea berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya sejak 2009.
Katanya, Kanang merupakan seorang yang komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Dia seorang yang amat bertanggungjawab dan kita berikannya peranan untuk melaksanakan tugas-tugas khas. Tanpa Kanang, mungkin operasi itu tidak akan berjaya.
"Kanang juga mengetuai operasi penggalian kubur-kubur pejuang terbabit di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas 'Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan'," ujarnya.
Kanang disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang mengukir nama dengan darah serta air mata.
Menurut penulis buku biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (B) Dr. Maznan Noordin, tidak akan ada manusia seperti Kanang selepas ini kecuali jika berlaku lagi peperangan di negara ini.
Jelas beliau, Kanang adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat selamanya kerana sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara.
"Mendiang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, ini digambarkan dalam Operasi Pukat yang mana Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
"Mendiang telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun Kanang meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang kumpulan pengganas berkenaan.


MAYAT Kanang yang meninggal dunia akibat sakit jantung 3 Januari lalu diberi penghormatan negara.



"Selepas bersara, Kanang meneruskan kehidupan yang sederhana sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun kehidupannya agak perit selepas bersara, mendiang bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkannya kepada negara," ujarnya.




Kisah Kanang Anak Langkau | sumber asal- kosmo

Tag :

Perginya Seorang Perwira | Kanang Anak Langkau

on Thursday, January 3, 2013

Perginya Seorang Perwira | Kanang Anak Langkau

Perginya Seorang Perwira | Kanang Anak Langkau | Hari ini sedih dirasakan apabila seorang lagi perwira negara telah pergi buat selama-lamanya. Datuk Temenggong Kanang Langkau meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak, setelah terjatuh dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.


Perginya Seorang Perwira | Kanang Anak Langkau
Berita mengenai pemergian Kanang Anak Langkau





AGI IDUP AGI NGELABAN!!!! - Kanang Anak Langkau Tetap Dalam Ingatan!
Tag :

Kenaikan Pangkat Dan Elaun RM200 Bermula

on Wednesday, January 2, 2013

Kenaikan Pangkat Dan Elaun RM200 Bermula

Kenaikan Pangkat Dan Elaun RM200 Bermula ! Nampaknya bermula Januari 2013 kerajaan seperti dalam pengumuman bajet 2013 akan mula memberi kenaikan pangkat secara time based kepada semua anggota tentera dan elaun khas sebanyak rm200 seperti yang dinyatakan di akhbar kosmo dibawah!!



Kenaikan Pangkat Dan Elaun RM200 Bermula

Tag :

Kisah Komando Malaysia

on Sunday, January 22, 2012

Kisah Komando Malaysia


kisah komando

Tag :

APMM Asset 1- Helis, Komandos, Aircraft and Boats

on Sunday, January 8, 2012

Antara aset APMM yang ada...


apmm assets













komando apmm

Tag :

Peronda APPM - Kapal Taman Laut 1 Permata

Peronda untuk pasukan APMM, Kapal Taman Laut 1 Permata.

Tag :

Johore Battery - Monster Gun At Changi

Johore Battery - Monster Gun At Changi
Pic meriam ni aku jumpa disatu laman web militari di Indonesia. Tak sangka pula ada meriam beso masa tu. Mcm biasa, aku simpan disini untuk koleksi aku sendiri. Thanks.


meriam besar di johor

Big Monster Gun At Johore


Tag :

EKSESAIS KERIS STRIKE Siri 15-2011

on Thursday, October 6, 2011


Berita dari Utusan....

MELAKA 15 Sept. - Seramai 267 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) termasuk 117 orang daripada pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) menyertai Eksesais Keris Strike Siri 15 yang bermula hari ini dan berakhir 27 September ini di Kem Terendak di sini.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad berkata, eksesais itu yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan menjalin hubungan lebih baik antara kedua-dua negara dan memberi pendedahan mengenai perlaksanaan misi pengaman.

Menurutnya, eksesais tersebut juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan pegawai dan anggota dalam melaksanakan Operasi Pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Lebih penting, latihan gabungan ini juga akan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan global dan menangani ancaman pengganas di rantau ini.

"Ini merupakan tahun kedua 3 Divisyen menjalin kerjasama dengan pasukan Tentera Sokongan Misi Kesembilan AS dalam mengendalikan latihan yang sebelum ini kita adakan di Kuantan tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Eksesais Keris Strike 15/2011 di Padang Pavilion, Kem Terendak di sini, hari ini.
Turut hadir, Panglima Pasukan Tentera Simpanan Sokongan Arahan Misi Kesembilan AS, Brigedier Jeneral Michele G.Compton.

Pada majlis itu, Razali dan G.Compton turut memakaikan lilitan perjawatan utama eksesais kepada pegawai TDM dan tentera AS sebagai simbolik acara perasmian tersebut.

Sementara itu, G.Compton berkata, eksesais yang diadakan itu juga secara tidak langsung dapat menguji keupayaan standard operasi kedua-dua negara itu.

"Latihan ini sama seperti operasi di PBB dan secara tidak langsung hubungan ketenteraan kedua-dua negara dapat dijalin lebih erat," katanya.

Katanya, beliau yakin eksesais itu akan dapat mencapai matlamatnya.












Kredit to: http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1258%3Aeksesais-keris-strike-siri-152011&catid=57%3Anews&Itemid=110&lang=ms
Tag :

21 GGK in Action

on Thursday, January 6, 2011

Misi menyelamat tebusan pesawat

Oleh ZAKI SALLEH

LATIHAN operasi menyelamat tebusan oleh Markas 21 Gerup Gerak Khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang baru-baru ini.

LATIHAN operasi menyelamat tebusan oleh Markas 21 Gerup Gerak Khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang baru-baru ini.

KENDERAAN tentera dilihat kerap keluar masuk ke Pusat Latihan Malaysia Airport Berhad (MAB), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sejak dua hari lalu. Kawasan lapangnya pula dipenuhi beberapa khemah dengan corak celoreng.

Sekumpulan lelaki berpakaian seragam hitam, lengkap dengan senjata yang disilang di bahu mundar mandir dan sesekali dilihat bercakap-cakap menggunakan set walkie talkie.

Di dalam Dewan Latihan MAB pula penuh dengan carta-carta dan lakaran peta. Sebuah peta lengkap dengan kedudukan landasan terbang dan tanda-tanda pen berdakwat merah serta contengan angka-angka yang ditandakan di atas lukisan sebuah pesawat penumpang.

Di atas lantai dewan, terdapat satu replika pesawat di atas model sebuah landasan terbang. Beberapa miniatur orang perang disusun di sekitar model tersebut yang ditanda dengan nama-nama tertentu.Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Brigadier Jeneral Datuk Abdul Samad Yaakob dilihat berbincang dengan beberapa pegawainya.

Beliau tekun mendengar pandangan pegawainya itu sambil mata melihat tajam ke atas lakaran dan peta yang ditunjukkan.

Sepanjang 24 jam lalu, pasukannya diletakkan dalam keadaan siap sedia setelah sebuah pesawat penumpang yang dirampas oleh pengganas mendarat di LTAPP.

Arahan yang beliau terima daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin jelas. Misi menyelamatkan tebusan dan menumpaskan perampas dalam satu operasi serbuan taktikal dengan risiko yang minimum.

Berita rampasan pesawat Airbus A320 AirAsia di ruang udara Filipina pada 21 November lalu menggemparkan negara. Dengan 107 penumpang dan bebarapa anak kapal, nasib mereka berada di tangan lima perampas pesawat sebuah kumpulan pengganas antarabangsa.

Mereka menuntut supaya pemimpin kumpulan tersebut iaitu Abu Jahatan dan tiga rakan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh dibebaskan.

Semasa penerbangan memasuki ruang udara Semenanjung, perampas mengarahkan pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengisi minyak sebelum melencong dan mendarat di Melaka.

Penumpang dibunuh



UNIT Lawan Keganasan dalam misi menyelamat mangsa tebusan.


Ketua perampas menggesa tuntutan mereka ditunaikan sebelum pukul 8 malam atau penumpang menjadi mangsa.

Pada pukul 11 malam, 23 November, perampas bertindak kejam apabila seorang penumpang dibunuh dan mayatnya dicampak ke luar landasan setelah berang tuntutan mereka tidak ditunaikan.

Pada pagi 24 November, pesawat berlepas dan mendarat di LTAPP untuk mengisi minyak dan sekali lagi meminta tuntutan mereka dipenuhi.

Memandangkan kumpulan pengganas telah melakukan tindakan yang agresif, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil keputusan tidak membenarkan pesawat meninggalkan LTAPP. Sebaliknya MKN mengatur gerakan pasukan GGK dari Kem Iskandar, Mersing bagi melaksanakan misi menyelamat tebusan pada kadar segera.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memerintahkan Panglima TD untuk mengatur gerakan pasukan 21 GGK bagi melaksanakan misi tersebut pada kadar segera.

Pada pukul 1 pagi 25 November, sepasukan 15 anggota Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 RGK bersedia menggempur pesawat A320 yang berada di landasaan terbang LTAPP.

Lengkap dengan mesingan HK MP5A3 yang dipasang dengan sistem pejera Aimpoint, gogel, helmet kevlar dan sut kalis peluru, ULK menjadi pasukan utama menggempur ke dalam pesawat ini. Sepasukan kira-kira 40 anggota RGK yang lain termasuk tim penembak tepat di tempatkan di setiap landasan terbang itu sebagai pasukan pengawal utama.

Abdul Samad yang memantau operasi dari rakaman langsung yang disiarkan ke paparan skrin digital yakin anak-anak buahnya dapat melaksanakan tugas tersebut.

Tepat pukul 2.30 pagi, di sebalik kegelapan pagi kendengaran satu dentuman letupan menandakan operasi serbuan bermula. Tim ULK menyerbu masuk melalui bahagian belakang dan hadapan pesawat. Dalam tempoh 10 minit, seorang anggota ULK dilihat keluar mengiringi para penumpang yang kemudian diarahkan turun menggunakan tangga pesawat.

Operasi terancang

ANGGOTA GGK berkawal di sekeliling pesawat Airbus A320 ketika pasukan Unit Lawan Keganasan menyelamatkan mangsa tebusan bersama anak kapal.

Serbuan awal pagi oleh anggota komando 11 RGK berjaya menamatkan drama rampasan oleh kumpulan pengganas sejak lima hari lalu.

Dalam operasi terancang itu, dua pengganas ditembak mati manakala empat yang lain menyerah diri. Kesemua 107 penumpang bersama enam anak kapal diselamatkan termasuk seorang penumpang yang dicederakan pengganas dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Detik-detik mencemaskan itu adalah rentetan kemuncak Eksesais Thunderbolt Siri 2/2010. Ia adalah latihan operasi menyelamat tebusan di dalam pesawat yang dikoordinasikan oleh Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK).

Ia bagi menguji dan menilai kepakaran kumpulan penggempur Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 RGK dalam menangani situasi kritikal sekiranya berlaku krisis keganasan yang melibatkan pesawat udara di negara ini.
Eksesais selama lima hari itu melibatkan beberapa fasa seperti proses pemujukan, rundingan, serbuan dan operasi menyelamatkan penumpang serta tebusan.

Latihan dengan kerjasama Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu melibatkan kira-kira 407 pegawai dan anggota tentera termasuk dari pelbagai unit sokongan.

Ia merupakan latihan kedua selepas kali terakhir diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga tahun lalu.
Hadir menyaksikan latihan itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud dan Pengarah Keselamatan DCA, Rahman Mahat.

SEBAHAGIAN daripada 107 penumpang dan anak kapal Airbus A320 yang berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Lawan Keganasan.

Zulkifeli yang menyaksikan sendiri serbuan yang diadakan di dalam pesawat itu memuji kecekapan dan kemampuan tim ULK 11 RGK melaksanakan latihan tersebut mengikut prosedur Operasi Menyelamat Tebusan (OMT) yang ditetapkan.

Pada sidang medianya, Zulkifeli memberitahu, latihan itu merupakan salah satu kaedah OMT yang turut dilakukan oleh negara-negara lain bagi menangani kumpulan pengganas.

Menurut beliau, kemungkinan wujudnya aktiviti keganasan seperti yang digambarkan dalam latihan ini tidak boleh dinafikan dan GGK bertanggungjawab untuk menanganinya.

Katanya, latihan sedemikian penting bagi memastikan Tentera Darat sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menangani krisis keganasan yang melibatkan pesawat yang dirampas dan dipaksa mendarat di negara ini.

“Kita tidak boleh menafikan pesawat kita atau milik syarikat penerbangan lain mungkin boleh dirampas oleh kumpulan pengganas dan kita perlu bersedia untuk menangani krisis tersebut.

“Dalam latihan ini, kita berjaya simulasikan situasi sebenar kepada 21 GGK dan beginilah senario serupa jika ia benar-benar berlaku,” ujarnya kepada pemberita.

Katanya, selain kecekapan anggota, latihan itu membolehkan Tentera Darat menilai keperluan melengkapi ULK GGK dengan peralatan yang lebih sesuai agar dapat melaksanakan misi lebih efisien.

Sumber: Kosmo
Tag :

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion

on Tuesday, June 22, 2010

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ba
yaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.
Tag :

APMM tahan 2 bot laut dalam, berkas 20 nelayan asing

on Friday, May 14, 2010


APMM tahan 2 bot laut dalam, berkas 20 nelayan asing

14/05/2010 6:58pm

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot laut dalam dan memberkas 20 nelayan asing yang didapati menangkap ikan di perairan Malaysia semalam.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tok Bali, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, bot pertama dikesan kira-kira pukul 10.25 malam ketika ia berada pada kedudukan 151 batu nautika dari Timur Laut Tok Bali.

"Kami dapati seorang tekong serta 10 awak-awak yang terdiri nelayan Vietnam berada di atas bot berkenaan, dan kami kemudiannya menunda bot itu ke Jeti Tok Bali,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Tok Bali di sini, hari ini.

Katanya, ketika kapal peronda Ligitan APMM yang membawa 24 anggota yang diketuai Pegawai Pemerintah, Lt. Maritim Mohamad Shukri Khotob dalam perjalanan pulang, sebuah lagi kapal asing dapat dikesan di lokasi 156 batu nautika dari Tok Bali.

"Apabila diperiksa kami dapati mereka terdiri daripada nelayan Thailand, dan mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen sah yang membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan perairan negara,” katanya. – Bernama

Tag :
 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO