Pengesahan cerai Anne Ngasri, Wafi 25 Jun

on Tuesday, June 22, 2010





KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 25 Jun ini bagi membuat keputusan mengenai pengesahan lafaz cerai pasangan Sehati Berdansa, Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan demikian selepas berpuas hati dengan perbicaraan tertutup yang berlangsung selama 30 minit tadi.

Menurut peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan, yang mewakili Abdul Wafi, keputusan akan dibuat selepas hakim tersebut selesai membuat alasan penghakiman.

Terdahulu, Saiful Azli memerintahkan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai pasangan Anne Ngasri dan Abdul Wafi akan berjalan secara tertutup di kamar hakim pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Hakim memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan kedua-dua pihak tersebut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO