Ariel PeterPan minta gitar....

on Saturday, July 3, 2010





Siasatan kes video porno ternyata tidak menghentikan aliran seni yang berada dalam darah vokalis Peterpan ini.

Bahkan Ariel yang dikatakan mempunyai 32 rakaman video seks ini meminta gitar untuk menjadi temannya sepanjang berada dalam tahanan. Ariel seperti mempunyai idea segar untuk dibuahkan menjadi lagu.

"Dia sangat mahukan gitar dan katanya dia ingin membuat lagu sepanjang penahanannya.

"Dia meminta gitar daripada saya sewaktu saya menjenguknya tetapi saya harus minta izin polis dahulu," ujar OC Kaligis yang bertindak sebagai jurucakap dan peguam Ariel.

Menurut OC, walaupun berada di dalam penjara, keinginan Ariel untuk bermuzik tidak pernah padam.

Ariel begitu berharap permintaannya dapat dipenuhi kerana dia tidak mahu berhenti berkarya.

Ariel turut memberi jaminan yang dia akan menyiapkan beberapa buah lagu jika diberikan gitar.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO