Gempa: 23 maut dalam tsunami di Sumatera

on Tuesday, October 26, 2010



Gempa bumi yang kuat mencetuskan tsunami yang melanda perkampungan di pulau-pulau terpencil di Barat Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, lebih 160 lagi hilang, demikan para pegawai dan saksi hari ini.

Mereka terkorban dalam gempa dengan kekuatanan 7.7 di skala Richter, yang berlaku 20km di bawah dasar pada malam Isnin.Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.

"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya. Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik, lapor AP.

Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorbankan 230,000 orang di beberapa negara. Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO