Bot asing kaut hasil negara

on Tuesday, November 9, 2010

Bom nelayan asing mampu ancam negara


2010/11/10

Penggunaan bahan letupan di pantai Sabah dikhuatiri disalah guna pihak tak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar nelayan asing di kawasan pinggir pantai Sabah mengamalkan kegiatan menangkap ikan dan pelbagai sumber laut menggunakan bahan letupan berbahaya, dipercayai diseludup dari negara jiran yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara jika dibiarkan.
Sumber memberitahu Berita Harian, pemantauan mendapati aktiviti itu berleluasa di sekitar perairan Semporna, Kudat, Tawau, Kuala Penyu dan Kota Kinabalu, yang turut dikenal pasti aktif digunakan sebagai laluan keluar masuk ke negara ini oleh pendatang dari negara jiran berkenaan.
“Penyalahgunaan Ammonium Nitrate (AN) di negara ini bukan hanya bertumpu kepada amalan tidak mematuhi peraturan keselamatan oleh pengguna sah, terutama dalam industri kuari, sektor perlombongan dan kejuruteraan awam, malah pembuatan bom ikan oleh nelayan asing.

“Antara 100 hingga 200 tan sebulan (bersamaan 1,500 tan setahun) baja kimia gred pertanian itu digunakan untuk membuat bom berkenaan. Bahan lain untuk menghasilkan bom ikan ialah botol kaca, petrol, peledak, fius dan penutup botol atau gabus. Proses menghasilkannya juga tidak sukar,” katanya.

Pada 20 Oktober lalu, seorang rakyat Malaysia dari Tawau, ditahan di Pelabuhan Nusantara, Sulawesi Selatan kerana cuba menyeludup 7,000 bahan peledak bom buatan India ke Indonesia. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail, berkata lelaki itu ditahan mengikut Undang-Undang Darurat Republik Indonesia Nombor 5 Tahun 1957.

Sumber juga berkata, semua bahan membuat bom berkenaan mudah diperoleh di pasaran terbuka Sabah, kecuali peledak yang dibeli di negara jiran sebelum diseludup ke negeri terbabit kerana saiznya kecil untuk disembunyikan.
“Difahamkan, Pulau Mangsee (Filipina) yang terletak hanya sejam perjalanan dari Pulau Banggi, Kudat (Sabah) membekalkan pelbagai jenis peledak untuk membuat bom ikan. Seunit bom yang sudah disiap cuma antara RM3 hingga RM5 bergantung kepada saiz dan kualiti.

“Di Sabah, ada banyak premis menjual pelbagai jenis baja kimia, termasuk AN. Selain penggunaan domestik, khususnya untuk penanaman sawit, rakyat negara jiran mendapatkan baja kimia dari negeri terbabit untuk pertanian dan pengeboman ikan,” katanya.

Namun, sumber menjelaskan, yang membimbangkan ialah ia digunakan untuk kegiatan pengganas dan jenayah lain seperti dilaporkan sebelum ini.

“Kebiasaannya, peniaga tukar barang di negara jiran mendapatkan bekalan dari ejen mereka di Sandakan, Tawau dan Labuan. Peniaga terbabit hanya perlu mengemukakan ‘manifest’ barangan yang akan dibawa keluar untuk semakan Kastam Malaysia tanpa mendedahkan secara terperinci butiran barang berkenaan.

“Ini secara tidak langsung memudahkan baja kimia itu diseludup keluar ke negara mereka tanpa diketahui tujuan sebenar kegunaannya, sama ada untuk pertanian atau jenayah,” katanya.

Sumber berkata, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sabah pernah menahan sekumpulan peniaga tukar barang dari negara jiran di Tawau dan Sandakan kerana membawa bahan kimia itu dari negeri berkenaan tetapi terpaksa memulangkannya semula selepas pemeriksaan mendapati barangan terbabit mempunyai surat pelepasan Kastam Malaysia.


#Banyak lagi bot asing yg menceroboh kelaut kita tapi dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa...x taulah apa nak jadik nihh
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO