APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta

on Tuesday, October 9, 2012


APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta

APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta ! PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima enam buah bot laju bernilai hampir RM3 juta, semalam dalam usaha membanteras kejadian pencerobohan sekali gus meningkatkan keselamatan di perairan negara.

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shahlan berkata, kehadiran empat bot laju yang dinamakan Pengawal dan dua yang dinamakan Penggalang itu dapat diguna sepenuhnya sewaktu menjalankan operasi serta rondaan di perairan negara khususnya di Selangor.

Kata beliau, semua bot berkenaan akan digunakan secara optimum dan ia juga bagi menggantikan bot APMM sedia ada yang kini dalam proses dibaik pulih,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bot berkenaan di Pelabuhan Barat, di sini, semalam. 


Tambahnya, sebelum ini APMM Pelabuhan Klang mempunyai 11 bot yang digunakan bagi tujuan rondaan selain melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan berkenaan.


“Dengan penambahan ini, kita dapat menggerakkan lebih banyak bot bagi melaksanakan tugas seliaan di laut, berbanding tujuh bot dan tiga kapal sedia ada yang digunakan sebelum ini.

“Dengan adanya bot laju ini, kita dapat bergerak pantas sekiranya mendapat aduan atau maklumat berhubung kegiatan jenayah yang berlaku di laut,” katanya. Beliau berkata, penambahan bot itu dapat membantu mengurangkan masalah pencerobohan penguatkuasaan asing di perairan negara.


“Sejak kebelakangan ini, kami selalu mendapat aduan daripada nelayan di negeri ini berkaitan pencerobohan agensi penguatkuasa negara jiran ke perairan negara dan bertindak menarik bot mereka keluar dari perairan negara,” katanya.



APMM Tambah 6 Bot Laju Bernilai 3 Juta


ONUK MRTP16

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO