SU 22 Yaman Terhempas - 6 Maut

on Wednesday, February 20, 2013

SU 22 Yaman Terhempas - 6 Maut

SU 22 Yaman Terhempas - 6 MautSebuah pesawat pejuang Yaman dilaporkan telah terhempas di tengah bandar Sanaa, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, semalam.


SU 22 Yaman Down


Menurut kenyataan kementerian pertahanan, pesawat SU-22 buatan Rusia itu dalam latihan penerbangan apabila terhempas ke arah bangunan dekat Dataran Perubahan iaitu lokasi tercetusnya protes anti kerajaan beberapa tahun lalu.

"Jumlah kematian dijangka meningkat dan nahas memusnahkan sebahagian besar bangunan di kejiranan ini," kata pegawai.



SU 22 Yaman Terhempas - 6 Maut


Sementara itu, saksi kejadian Ahmed Fathi berkata, sekurang-kurangnya dua buah kediaman musnah teruk dan mereka percaya masih ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pada November lalu, sebuah pesawat perang tempatan Antonov M26 turut terhempas sewaktu melakukan misi latihan di utara daerah Sanaa dan meragut 10 nyawa. - Reuters
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO