Lelaki Di Tahan Miliki 34 Senjata Api Termasuk Pelancar Grened | Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati menyimpan dan memiliki 34 laras senjata api tiruan serta selaras pelancar A30, pelbagai jenis peluru dan pelancar grenad tiruan dalam dua serbuan di Lido dan Kolombong, malam kelmarin.
Serbuan itu dijalankan susulan Ops Cermin yang dilancarkan polis bagi membanteras perbuatan memecahkan cermin di premis-premis tertentu di daerah ini sejak awal tahun ini, dengan menggunakan tembakan daripada senjata api tiruan.
Sehingga kini, polis masih menyiasat motif kejadian itu yang melibatkan sebanyak tiga siri insiden iaitu 42 buah premis pada 11 Januari lalu diikuti dua buah (3 Oktober) dan sebuah lagi (3 November).
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah yang diketuai Inspektor Jamirin Kintai menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Prado TZ yang dipandu suspek di kawasan Lido, di sini pada pukul 11.30 malam.
Jelasnya, hasil pemeriksaan, polis menemukan selaras senjata api tiruan jenis Sniper Raifel model M40 berwarna hitam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.
“Susulan itu, pasukan sama menyerbu sebuah bilik stor di tingkat atas rumah suspek di Kolombong.
“Di situ, kita menemukan 79 kelopak peluru pelbagai jenis; 70 batang grenad asap paintball tiruan jenama Acyd; 55 peket alat ganti senjata tiruan pelbagai model dan saiz; 50 bungkus butir BB pelbagai model; 19 botol power up gas pelbagai jenama; 18 laras raifal tiruan pelbagai model dan tujuh biji CTG (40mm) jenama Big Dragon.
“Rampasan lain-lain adalah enam pucuk pistol tiruan pelbagai model; tiga laras senapang tiruan pelbagai model; tiga laras sniper tiruan model AW-338; dua laras pelancar grenad tiruan pelbagai jenama; dua laras paintball marker model BT4; selaras mesingan tiruan model APSH beserta peluru; selaras senapang patah tiruan model SSB; sepucuk senapang flintlock tiruan; selaras mortar tiruan berserta peluru berwarna hijau; sebungkus butir paintball warna biru dan sebiji crymore jenama M18A1,” katanya dalam sidang akhbar.
Ujar beliau, jumlah harga pasaran senjata api tiruan yang dirampas itu dianggarkan RM45,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki dan mengimport senjata api tiruan.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek yang bekerja sebagai penyelia hotel bajet mula terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli senjata api tiruan sejak 2009 dan telah membelinya daripada seorang lelaki warga China yang hanya dikenali dengan panggilan Lau Pan atau bermaksud bos di Kota Kinabalu.
“Suspek berurusan dengan lelaki itu sebanyak empat kali. Tujuan suspek membeli senjata api tiruan itu adalah untuk koleksi peribadinya serta menjual kepada orang lain. Dia telah menjual lebih kurang 30 laras senjata api pelbagai jenis,” jelasnya.
Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, suspek didapati tidak terlibat dalam siri kejadian memecahkan cermin premis-premis namun siasatan masih diteruskan.
“Suspek juga merupakan seorang yang mahir membaiki senjata api tiruan. Oleh itu kita mahu mengingatkan sesiapa yang memiliki senapang atau senjata api tiruan tanpa lesen yang sah, hendaklah segera menyerahkannya kepada polis,” tambahnya
sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-ditahan-bersama-34-laras-8232-senjata-api-pelancar-grenad-tiruan-1.30743

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment