Yun Nam tipu???

on Tuesday, October 26, 2010

Habis RM17,000 rawat rambut


MAHATHIR menunjukkan pakej rawatan rambut yang ditawarkan oleh pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.

Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

ahmad said...

yun nam memang pembohong orang hidup2.. nasihat saya berhati-hati lah.. kalo agak ada duit lebih saja2 nak cuba rawatan kat yun nam nie, sediakan lah lebih dari 10ribu. itu pun belum tentu rambut boleh tumbuh.. kebanyakkan iklan yang ditayangkan di televisyen tu semuanya pelanggan2 yun nam yang dipergunakan sahaja. Yang nyata rambut mereka juga tidak sehebat seperti yang dikatakan melalui skrip.(dapat hadiah treatment dalam 4k sekiranya dipilih masuk televisyen) Pengalaman saya sendiri saya ceritakan ini!!! Kalo nak sedekah duit tu kat tokay cina tu, dipersilakan. Anda takkan dapat apa2 perubahan.


November 29, 2013 at 8:22 AM

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO