SEOUL: Angkatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan merancang untuk melancarkan ‘permainan perang’ empat hari mulai hari ini berikutan ketegangan yang tercetus di Semenanjung Korea, beberapa hari selepas Korea Utara menyerang wilayah diKorea Selatan itu.
AS menghantar kapal pengangkut pesawat pejuang yang dilengkapi senjata nuklear iaitu USS George Washington disertai kapal perang dan pemusnah milik Korea Selatan. USS George Washington berlepas dari pelabuhan Jepun Rabu lalu, sehari selepas Korea Utara menggemparkan dunia apabila menyerang pulau di Korea Selatan hingga mengorbankan dua anggota marin dan dua orang awam. China yang menjadi sekutu Korea Utara tidak memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Pyongyang itu, bagaimanapun, menentang tindakan AS membabitkan diri dengan isu ketegangan yang berlaku di dua negara Korea terbabit. Pentagon berkata, penghantaran kapal USS George Washington di perairan antarabangsa bertujuan sebagai pertahanan dan sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu sebelum serangan Korea Utara itu. Kapal berkenaan turut melakukan operasi sama pada Oktober 2009 di perairan barat Semenanjung Korea. Berita agensi Yonhap memetik kenyataan pegawai tentera Korea Selatan sebagai berkata: “Latihan ketenteraan ini akan menjadi lebih hebat daripada dirancang. Tentera dari kedua-dua negara akan melakukan latihan pengeboman dan tembakan.” Pyongyang mendakwa serangan yang dibuat Selasa lalu sebagai tindak balas terhadap tembakan yang dimulakan Korea Selatan dan memberi amaran permainan perang di semenanjung itu bermakna ‘ia semakin hampir dengan peperangan sebenar’. - AF

YEONPYEONG: Korea Utara dilaporkan menempatkan peluru berpandu di garisan depan di Laut Kuning, beberapa hari selepas ia mengebom pulau Korea Selatan ini yang menyebabkan empat orang terbunuh.
Langkah itu dibuat ketika Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan latihan ketenteraan di kawasan laut berkenaan, membabitkan sebuah kapal pengangkut pesawat bertenaga nuklear dan puluhan ribu askar walaupun dibantah oleh China dan Korea Utara.
Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA memberi amaran, ia akan bertindak balas habis-habisan sekiranya wilayahnya dicabuli sepanjang latihan berkenaan.
Bagaimanapun, pegawai Korea Selatan enggan mengesahkan perkembangan itu kerana menganggapnya rahsia sulit tentera.
Namun, ia mengeluarkan arahan meminta wartawan meninggalkan Pulau Yeonp- yong dengan alasan keadaan semakin tegang.
Dalam pada itu, Seoul juga berkata, ramai penduduk pulau berkenaan yang dipindahkan sebelum ini selepas menjadi mangsa bedilan Korea Utara, enggan pulang ke pulau itu. - AP

China syor adakan rundingan
BEIJING: China semalam berusaha mengendurkan ketegangan di Semenanjung Korea dengan mencadangkan mesyuarat tergempar di bandar raya ini.
Usul mengadakan perbincangan itu dibuat beberapa jam selepas Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan latihan ketenteraan.
Duta kanan nuklear Beijing berkata, Wu Dawei berkata, perbincangan enam negara itu - Korea Selatan, Korea Utara, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Russia, boleh diadakan awal Disember ini.
Bagaimanapun, Korea Selatan berkata, ia akan menimbang usul berkenaan.
Seoul dan Washington sebelum ini enggan menyambung semula rundingan itu kecuali Korea Utara menunjukkan komitmen untuk menutup loji nuklearnya. - AP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment