Sepang penentu nasib Ramdan
PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli diramal mampu mengesahkan gelaran juara keseluruhan bagi kategori CP115 di Litar Sepang Utara hujung minggu ini.
Saingan di Sepang merupakan pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bagi musim ini sebelum ia melabuhkan tirainya di Padang Kota, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember depan.
Meskipun misi Ramdan dilihat mudah tetapi dia tetap dijangka berdepan cabaran Mohd. Rozaiman Mohd. Said, Mohd. Adli Salihin dan Mohd. Iskandar Raduan yang turut mempunyai peluang untuk melakar nama sebagai juara keseluruhan.
Namun, kelebihan bakal memihak kepada Ramdan yang terus konsisten menjejakkan kaki ke podium sepanjang musim ini dan setakat ini, dia telah melaku- kannya sebanyak lima kali.
Hasil kejayaan tersebut, dia kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan kelas CP115 dengan merekodkan 146 mata.
Jika Ramdan meneruskan kecemerlangannya pada Pusingan 9 di Litar Sepang Utara hujung minggu ini, gelaran juara sudah pasti berada dalam gengga- mannya.
Jika pelumba berusia 14 tahun ini mampu merealisasikannya, dia bakal muncul pelumba termuda bergelar juara kategori tersebut dalam sejarah Cub Prix.
"Saya sedar cabaran yang bakal diharungi. Jika saya mengekalkan kedudukan dalam kelompok lima pelumba terbaik dalam baki dua perlumbaan, ia sudah cukup untuk mengukuhkan peluang saya meraih gelaran juara keseluruhan.
"Begitupun, saya tetap memburu kejayaan podium pada perlumbaan di Sepang.
"Saya juga sedar memang sukar untuk membuat ramalan dalam perlumbaan seperti ini terutama apabila beraksi di Sepang," jelas Ram- dan.
Dia kini mempunyai kelebihan 31 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Ro- zaiman yang mewakili pasukan Motul Yamaha YY Pang serta 38 mata memisahkan dirinya dengan rakan sepasukan, Adli.
Dengan baki dua pusingan lagi untuk diharungi, Ramdan juga mempunyai kelebihan 41 mata berbanding pelumba yang menduduki tempat keempat, Iskandar (Petronas Sprinta Yamaha Raceline).
Rozaiman, Adli dan Iskandar kini masing-masing menghuni tempat kedua, ketiga dan keempat dengan 115, 108 dan 105 mata.
Atas kertas, tugas Ram- dan untuk mengesahkan gelaran juara keseluru- han di Sepang hujung minggu ini cukup mudah.
Pertama, dia perlu meme- nangi perlumbaan dan keduanya, memburu tempat kedua andai Rozaiman tampil menguasai perlumbaan.
Jika dua misi tersebut berjaya disempurnakannya, Ramdan akan bergelar juara keseluruhan bagi musim 2010.
"Keupayaan jentera memainkan peranan penting, namun saya tetap berharap untuk menamatkan perlumbaan dengan kejayaan podium," katanya.
Bagi peminat sukan pemotoran yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlumbaan ini, tiket dijual di tempat-tempat terpilih.
Tiket hanya berharga RM20 dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.
Setiap pembelian tiket bakal menerima baucar Petronas bernilai RM10, buku program cub prix manakala 1,000 penonton terawal pula akan menerima topi kejuaraan daripada pihak penganjur.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment