Nyawa remaja direntap ketika senja
KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.
Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.
Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.
Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya.
p/s: Susah bila masing2 dah ketagih nak tunjuk hero. Kerajaan kene fikir cara untuk mengelakkan para remaja ni berlumba dengan cara x sah. Pendidikan disekolah harus diterapkan dari awal. Sampai bila kita nak tengok remaja kita jadi begini...sedih sungguh...al fatihah untuk arwah2......:(
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment