TLDM Mohon 6 Helikopter Anti Kapal Selam

on Wednesday, November 6, 2013

TLDM Mohon 6 Helikopter Anti Kapal Selam | Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk memperoleh helikopter antikapal selam.

TLDM Mohon 6 Helikopter Anti Kapal Selam

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia menjadi keutamaan pasukan itu sekarang dalam perolehan aset baru selaras dengan hasrat untuk memantapkan keupayaan armada dalam peperangan era baru.


"Kita memohon sekurang-kurangnya enam pesawat berkenaan bagi penubuhan satu skuadron," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan 25 tahun Jubli Perak Cawangan Udara TLDM di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.


Sempena sambutan itu, Cawangan Udara turut menganugerahkan sayap kehormat kepada Abdul Aziz.

Beliau berkata, penubuhan skuadron pesawat anti kapal selam itu akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sapanggar, Sabah, yang turut menempatkan dua kapal selam negara.


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/TLDMmohonhelikopterantikapalselam/Article?mutakhir
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AkuNilam - All About Army | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO