Tentera Darat terima 12 unit IFV25 | Deftech DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) hari ini menyerahkan 12 unit kenderaan tempur infantri 25mm (IFV25) kepada Tentera Darat di kilang Deftech, hari ini.
Penyerahan IFV25 8X8 yang diberi nama 'Gempita' itu dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
IFV25 adalah varian pertama daripada 12 varian kenderaan tempur yang dibangun dan dikeluarkan oleh kilang Deftech di Pekan.
Terdahulu, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk menghadiri taklimat tertutup oleh pihak Deftech di kilang tersebut sebelum melawat sekitar kilang berkenaan bagi meninjau operasi Deftech.
Sementara itu, Mohd Khamil berkata, penyerahan itu adalah sebahagian daripada 257 unit yang perlu disediakan Deftech kepada Tentera Darat berdasarkan kontrak diperoleh pada tahun 2011.
"Dua belas unit ini direka bentuk, dibangunkan dan dikeluarkan oleh Deftech di sini dan pada tahun hadapan 67 unit lagi akan kita diserahkan kepada Tentera Darat," katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan objektif pengeluaran dan kemampuan setiap jentera menepati jangkaan ditetapkan, Deftech melabur RM500 juta untuk meningkatkan infrastruktur, peralatan dan kemahiran tenaga kerja yang dimiliki mereka.
Raja Mohamed Affandi berkata, perolehan aset terbaharu itu dilihat mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan Tentera Darat dalam berdepan ancaman musuh. - Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment